Thursday, August 20, 2009

Pua Kumbu..

pua kumbu terkenal di kalangan orang iban di Sarawak..my mom also a pua kumbu maker..pua kumbu mempunyai banyak motif corak..bagi kaum iban,kami lebih kepada motif 'engkeramba',mean monster/ghost..tapi,zaman sekarang banyak motif flora & fauna digunakan..dulu,cara pembuatan pua kumbu adalah sangat susah & memenatkan..tapi sekarang,terdapat alternatif lain yang digunakan untuk membuat pua kumbu iaitu cara printing/cop..jika dulu,wanita kaum iban akan memperuntukkan masa sehingga berminggu-minggu menyiapkan sehelai pua kumbu,sekarang hanya mengambil masa beberapa jam/hari sahaja..pua kumbu dulu diperbuat daripada cotton wool..tapi sekarang tidak lagi,kerana cara printing/cop telah digunakan yang hanya menggunakan warna pilihan sahaja..

suatu masa dahulu,pua kumbu mempunyai banyak fungsi kepada kaum iban di Sarawak..ia digunakan oleh 'manang' bermaksud Dukun untuk upacara perubatan..ia juga digunakan untuk 'betipas' bermaksud menghalau bagi menyembuhkan sesuatu penyakit pada orang..selain itu,ia juga digunakan dalam upacara kematian untuk membuat 'sapat' bermaksud dinding untuk orang yang telah meninggal..bagi kaum iban,semangat padi adalah semangat yang perlu dijaga untuk mendapatkan berkat..bila anak padi telah tumbuh dan sedia untuk ditanam,kaum iban akan mendukung anak padi yang disimpan di dalam pua kumbu dari tanah hingga la ke rumah panjang..semangat padi akan di'gawai'kan sebelum di tanam di sawah..selain itu juga,pua kumbu mempunyai banyak lagi kegunaan lain..sekarang,pua kumbu terkenal sebagai fesyen terkini di kalangan pereka fesyen moden..

that's all i can share with you..all the information above based on my mom's experience..thank you to my mom..

No comments:

Post a Comment